said : Jom Reka Dialog


Salam blogger,

Nak join, kena cepat cepat klik sini


Satu malam yang agak panas... si suami, Bujang namanya melondehkan bajunya sebab terlalu panas (baru panas dunia hihihi) Tinggal laa kain pelekat sebagai pelindung utama hahaha Melihat suaminya yang separuh bogel sebab tak tahan panas.. si isteri, Mangkuk namanya terniat nak separuh bogel macam si suaminya jugak.. Dalam hati si Mangkuk nie cakap " Dalam rumah tak kesah la kan.. Bukan ada yang nak tengok pon hihihi " Lalu dia membuka bajunya dan si suaminya berkata


si Suami : Yang kau bukak baju jugak kenapa Mangkuk ??!!!

si Isteri : Mangkuk panas laa ! Awak bukak baju, mangkuk tak cakap hapa pon.. Pasal hapa nak marah mangkuk pulak !! 

si Suami : Mangkuk tue perempuan dan isteri saya.. Kena laa tutup body tue walaupun dalam rumah !!

si Isteri : Tak kira !! Tak kiraa !! Tak kiraaaaa !! Mangkuk panas !! (siap dengan cakaran rimau lagi)

si Suami : Tak boleh aku kata !! Apa laa mangkuk sangat si Mangkuk nie !!


Gambaran lebih kurang macam bawah nie hihihi


Dua hari Bujang dan Mangkuk tak cakap lepas gadoh malam tue sebab hal baju jea... Sama-sama saling berpaling muka.. Berbalas kentut... Masuk hari ketiga, Bujang dapat call dari kawan Mangkuk cakap yang si Mangkuk jatuh pengsan di pejabat dan doktor sah kan yang si Mangkuk pregnant ! Bukan maen seronok lagi si Bujang sampai tertitis air mata seorang suami yang macho bhahaha Bujang terus pergi berjumpa isterinya, si Mangkuk di hospital untuk berbaek semula.. Bujang cakap

si Suami : Awak....

si Isteri : Yea...

si Suami : Subur jugak yea awak nie (senyum dan ketawa kecil)

si Suami : Mesti laa.. Tengok laa pilihan isteri sapa (Senyum sambil menangis sebab perempuan selalu emo bhahaha)

si Suami : Tak pa.. Janji awak selamat.. Ok.. Saya pujuk awak yea kali nie.. Nanti awak cakap awak yang tergedik-gedik pujuk saya bhahaha Jom tangkap gambar Mangkuk.. Rindu laa heee


Nie gambar Bujang dan Mangkuk lepas berbaek hihihi




p.s.Cerita rekaan semata-mata oleh Bujang.. bukan si Suami tue hihihi

said : Jom test Otak Anda !


Salam blogger,

Korang layan jea benda best bawah nie heee




Jahatnya ! bhahaha Lu memang tak baek punya ! hihihi



p.s.Sumber : sini

said : Wordless Wednesday #4


Salam blogger,


said : UmarFaruq Bloglist dan Review (Promote)


Salam blogger,


Amaran ! Entri ini berunsur promotion dan tiada unsur tiru meniru bhahahaha


Haaa.. Korang kenal tak Umar Faruq (UF) ?? Tak kenal ?? Mari aku nak kenalkan hihihi Dia nie cikgu Geografi aku... Selalu buat kelas tapi selalu jugak aku ponteng kelas bhahaha Teruk kan aku ??? Adehhh tapi tak pa.. Walaupun aku selalu ponteng kelas tapi result exam aku selalu tinggi oooo sampai dapat anugerah Anak murid kental... Tak macam budak nie harharhar... Ada bantahan ?? Yea yea aku tahu.. Mesti ada yang akan bantah punya hihihi 

Seharian aku tak online hari nie sebab sedang setel benda yang tak setel-setel lagi Adehh Time malam baru aku bukak blog aku... Baru nak masuk kelas jea, tengok tengok header blog aku ada dalam kelas.. Mak aiiii Terkejut jugak aku... Dalam hati aku, nie sah cikgu nak umum anak murid terhensem nie bhahaha tapi laen yang jadi dan lebih baek daripada hensem tue.. Alhamdulillah blog aku di-review sekali lagi oleh UF.. Kira kira dah dua kali blog aku di-promote di blog UF.. Pertama di sini dan semalam di sini.. Terima Kasih Umar Faruq ! Nanti aku tapau ice pop yea hihihi

Sekarang UF tengah mencari blog yang nak di-review dekat blog dia... Serius aku cakap sangat membantu ! Membantu dari segi apa ?? Itu korang jawab sendiri sebab aku rasa korang sendiri pon dah tahu kan.. Yang aku boleh cakap, aktiviti review blog nie banyak kebaikkan daripada keburukkan... Eh eh Review blog orang ada buruk ke ??? hihihi Korang jawab sendiri yea.. Tunggu apa lagi, jom join ramai-ramai... Simple dan berbaloi... Sebelum tue, aku nak share dengan korang satu benda... Jom tengok 




Korang nampak tak benda atas nie ?? Haaa Nie traffic yang aku dapat semalam lepas blog aku di review oleh UF dan majoritinya datang daripada blog dia.. Berbaloi kan ?? hihihi So sekarang dia nak tolong review blog korang.. Apa salahnya korang ambil peluang yang macam nie yang tak akan selalu ada (ayat pening) Adehh Lagipun UF nie #retis ooo hihihi Aku tahu dia mesti tak kan mengaku punya laa yang dia tue #retis sebab dia tak macam aku.. Aku hensem bhaha Rasa macam panjang pulak aku mencarut tulis kali nie hehehe Haaa Tunggu apa lagi, jom join ramai-ramai tapi mesti sebelum tengahHari hari nie jam 12 tengahHari.. weee


Kalau nak join, korang tekan banner nie sampai mouse korang rosak hihihi




p.s.Aku tak join tapi aku tolong promote.. Bukan tak nak join tapi semalam UF dah review blog aku awal-awal lagi hihihi Terima Kasih UF review blog hensem aku kuikuikui Apa-apa pon blog kau memang aku dah letak dekat bloglist blog aku sejak berkurun lagi hihihi

said : Google PageRank !


Salam blogger,

Semalam time BW.. Singgah dekat blog budak yang paling sexy dan macho, blog Budak Botak (Orang cakap kalau botak, dia sexy dan macho hihihi) Aku terjumpa satu benda yang cool dekat blog Budak Botak... Nama benda cool tue Google PageRank.. Apa Google PageRank ?? Google PageRank ialah markah full korang dalam final exam bhahaha Dah dah... Korang jangan pecaya apa yang aku cakap tadi hihihi Sebenarnya aku pon tak tahu hahaha Nak tahu apa tue Google PageRank, korang boleh baca dekat blog Budak Botak... Ranking blog aku paling tinggi beb... Paling tinggi antara ranking terendah hahaha Dah nama pon newbies kan kuikuikui Tak macam blog nie dan blog nie hehehe tapi aku tak kesah sebab aku syiiookk sendiri tengok ranking blog aku bhahaha Korang nak cuba ?? Cuba laa dekat dekat sini


Nie yang aku cuba untuk blog aku dan hasilnya

Hebat tak aku ?? hahaha Tak da laa.. Maen maen jea nie... Yang betul ada dekat bawah hihihi

Haa nie yang betul kahkahkah


Ranking korang mesti meletup kan ?? Kita patut bangga dengan apa yang kita dapat sebab kita berusaha untuk dapatkannya kan kan ?? So tak perlu malu or segan.. Bangga dengan apa yang kita ada tapi jangan pulak terlalu bangga macam dia nie bhahaha Terima Kasih !


p.s.PageRank blog aku satu... Korang ada ?? hihihi

said : First banner MET BUJANG !


Salam blogger,

Tengok blog orang ada banner yang cute, stylo, gempak, elegen, macho, busuk hihihi Aku nak jugak ! Tak nak mengalah la konon hahaha Pembakar semangat aku lagi lepas dapat tahu yang si smile nie pon dah ada banner untuk blog dia harharhar Jadi untuk memikat balik hati Senah (Selena Gomez), aku cuba cuba buat jugak... Bukan pandai pon tapi saja nak cuba hihihi Nie laa hasilnya


Banner 1


Walaupun nampak boring tapi dah cukup bagus bagi aku yang tak reti buat nie hahaha Orang lain siap ada bling bling, kata-kata semangat, goolge doodle dan ada yang pacak muka hensem + cun depa... Sekali tue siap tukar-tukar tulisan lagi Waahh Hebat kan aku depa hihihi Mungkin lepas belajar sikit-sikit nanti, boleh laa nak buat yang lebih advance sikit... Korang boleh tengok banner boring aku dekat sini tapi lima jam dari sekarang jea laa hihihi Kalau nak ambil banner aku, silakan.. Aku bagi hehehe tapi korang jangan lupa letak link blog aku yea... Korang pon cuba-cuba laa buat.. Pastu bagi aku tengok.. Mesti super cool kan ?? Terbaik !



p.s.Korang kena tengok masa awal korang bukak blog aku sebab dia tak da butang pause... Kalau tak sempat, refresh sekali lagi hihihi

said : Budak-budak suka orang Hensem !


Salam blogger,

Dalam entri aku yang nie, aku ada cakap yang aku sekarang sangat sangat busy... Yaa memang aku busy sampai tak sempat nak jenguk blog aku nie... fuuhh So sekarang aku agak free, aku nak bagi tahu dekat korang apa benda yang aku buat sampai tak sempat nak tengok blog aku nie dan blog korang hehehe

Shhh jangan bagi tahu orang yea ehem ehem Sulit macam kertas exam dan sewaktu dengannya... Sebenarnya aku nie seorang yang sangat gila sawan dengan kanak-kanak hahaha Bila aku sebut kanak-kanak tue means orang yang berumur satu tahun ke 5 tahun laa... kan kan ?? Takut ada yang cakap aku pegi layan "kanak-kanak" belakang lorong gelap pulak Adehh Berbalik pada cerita, disebabkan aku nie dah kena sawan kanak-kanak, hapa lagi... Aku pegi kidnap sorang-sorang.. Macam mana aku kidnap tue, nanti aku cerita tapi yang bestnya depa tak takut dengan aku... Siap panggil " Abang Hensem " lagi hihihi (Budak-budak tak pandai menipu) Aku sempat tangkap gambar budak-budak tue... Sorang-sorang muka macam kueh pau kahkahkah Korang nak tengok ?? Jom aku tunjuk


Gigit jari sebab tak tahan tengok aku cute harharhar

 Senyum tue perli aku la tue Ceh

" Yeaahhhh ! Abang bujang, nak susu ! "

" Abang bujang hensema laa heeee "

Antara baby dan mak baby yang dikidnap bersama kuikuikui

Dia yang paling diam dan suka senyum walaupun dikidnap hihihi



Gambar dia ada dua sebab dia cakap aku hensem dua kali bhahaha

 Kena kidnap pon sempat posing maut Adehh

Alamak ! Baby sapa yang besar nie ?? hihihi


Kena culik tapi apasal semua senyum haa ?? Pelik pelik kahkahkah Semua sekali 110 orang aku kidnap... Kalau termasuk dengan mak budak yang di kidnap errr errr errr Korang tengok la dekat sini.. Aku siap buat list lagi.. Kalau korang rasa depa nie antara baby yang tercomel pernah dikidnap, boleh undi terus bhahaha Ok laa nak pegi buat susu dekat baby-baby kidnap aku.. Naseb depa cakap aku hensem hihihi




p.s.Semua gambar tue aku pinjam, bukan curi Hmm Tak tahu bila boleh tulis entri lagi Adehh
Bersedia dengan sesi jelajah lepas nie wee

said : Task untuk pengunjung blog Bujang


Salam blogger,

Ini bukan segmen atau pon apa apa pertandingan tapi sebagai task kepada semua pengunjung blog Bujang Aku cuma nak korang pergi kejap dekat blog yang suka senyum nie hihihi dan korang bagi tahu dekat dia suruh dia bagi balik gf aku yang dia dah rampas Tak pecaya dia rampas gf aku ?? Korang usha bawah nie


AzriJohan --->> Blogger Wanted !


Percaya dah sekarang ?? Ke korang tak pecaya aku ada gf ?? harharhar Dah dah Tunggu apa lagi, pegi serang dia tapi dengan senyuman yea kuikuikui Sebagai ganjaran untuk korang yang buat task kali nie, aku sajikan korang dengan video klip muzik terbaru aku Best gilaa ! kahkahkah Jom layan...






p.s.Aku rasa macam laen sikit... Korang rasa tak ??? hihihi

said : Kau Jahat ! Aku tak Jahat !


Salam blogger,

Kalau tengok pada tajuk, mesti ramai yang fikir aku tak puas hati dekat sapa-sapa kan hihihi Tak da la Cuma aku nak cakap yang aku nie baek dan hensem jea harharhar Ok ok Tadi aku pegi melawat uncle nuffnang Dengan harapan ada laa benda yang boleh menggembirakan aku malam nie tapi benda sebaliknya yang aku dapat gara-gara entri nie Eksklusif - Mengenai Ustazah Siti Nor Bahyah dan kumpulan Sepah dan Manisnya Kurma Ini dan Haaahh ! Jom tengok



Ni keyword yang korang cari dekat blog aku hari nie Tergelak aku lepas tengok keyword nie Naseb laa ramai yang cari blog aku dengan nama blog aku sendiri bukan dengan Cikgu Math tak reti mengira ataupun Orang bujang lucah ataupun Kentut bujang busuk hihihi 

Yang tak boleh blah, ada orang cari pasal " sepah kutuk ustazah " dengan " siti nor bahyah perli sepah " dekat blog aku nie hahaha Bila masa aku cakap sepah kutuk ustazah dan ustazah perli sepah ?? Adehh Aku cakap benda betul dan baek-baek jea Tak habes lagi, ada jugak orang cari " sepah menghina ustazah siti norbahyah " hahaha Tak da laa wei Tak da dekat blog aku Kalau dekat blog nenek farhan nie mungkin ada kahkahkah Nak bagi taw laa Sepah tak dak hina sapa-sapa pon Nak tahu dengan lebih lanjut, cuba baca sini

Yang buat aku ketat mata bila ada juga orang cari " melancap pakai apa yang paling best " dekat blog aku nie hahaha Korang ingat aku nie ejen melancap or ejen masturbate kaa tanya soalan macam tue ?? Cop ! Cop ! Melancap tue hapa ?? kahkahkah dan aku nak cakap sekali lagi yang blog aku bukan blog 18sx cuma blog cerita kanak-kanak dan cerita orang besar-besar jea kuikuikui

Korang cuba la search pasal ceramah agama ke dekat blog aku nie Aku selalu jugak buat entri pasal tue huhuhu And the rest korang nilai la sendiri sebab secara official nya korang pengkritik tetap blog aku tapi jangan kritik pedas-pedas sangat Takut takut aku buat entri lucah lagi harharhar Ok la Nak rehat pulak Letih layan anak cacing nie Melompat merata Adehh 




p.s.Tak dak pulak orang cari pasal Selena Gomez dekat blog aku hihihi

said : Eksklusif - Mengenai Ustazah Siti Nor Bahyah dan kumpulan Sepah dan Manisnya Kurma Ini dan Haaahh !


Salam blogger,

Bapak panjang tajuk entri aku kali nie Mungkin boleh jadi tajuk entri terpanjang sepanjang masa nie bhahaha Konon nak bikin gempak laa hihihi Ok ok Baca tajuk pon rasanya korang dah tahu pasal apa kan aku nak bla bla pagi nie Ok ok Semalam semua dah sedia maklum yang kumpulan Sepah telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak fuuhhh Tahniah ! Rezeki memihak pada diorang semalam heee Kalau nak tahu apa jadi backstage lepas kumpulan Sepah menang, korang boleh usha sini wee

Semalam yang tak boleh blah bila si Jep tue muncul sekali lagi sebagai Ustazah Siti Nor Bahyah hihihi kononnya return lepas diorang buat pasal Manisnya Kurma Ini masa show dekat JB hari tue Serius tak boleh blah kahkahkah tapi kan korang rasa apa reaksi masyarakat kita dan Ustazah Siti Nor Bahyah sendiri pasal kumpulan Sepah meniru gaya Ustazah Siti Nor Bahyah dan konsep rancangan Semanis Kurma ??? Rasa-rasa korang apa reaksi Ustazah Siti Nor Bahyah ?? Jom kita tengok heee



Haaa Korang nampak tak apa dekat atas tue ?? Ustazah Siti Nor Bahyah sendiri yang wujudkan pertanyaan pasal isu tiru meniru dan dia sendiri telah menjawab persoalan tue fuuuh Contoh yang sangat baek Sebab apa ?? Sebab dia tak nak orang timbulkan gosip laen lepas ini Yela Malaysia nie kan suka bergosip sana sini Dalam politik pon nak bergosip, dalam mahkamah pon nak bergosip Apatah lagi dalam toilet hihihi Haaa dia start nak lucah dah Adehh hehehe So korang tak payah la sebarkan gosip-gosip yang tak benar pasal isu tiru meniru nie sebab Ustazah Siti Nor Bahyah sendiri dah jawab persoalan nie Siap dia memperingati kita lagi Alhamdulillah heeee Terbaek ! Hmm Aku penah dengar satu ungkapan pasal isu tiru meniru nie Bunyi dia macam nie


" Kalau seseorang tue melakonkan watak kita, bukan bermakna dia nak jatuhkan kita ataupun menghina kita tetapi itu tanda dia hargai kita sebagaimana diri kita sendiri "


Ada bantahan ?? Ok kalau nak bantahan korang boleh bantah dekat sini hahaha Ada la faedah sikit hehehe Semua nie bergantung pada mentaliti orang kita jugak kan Sebagai contoh, kalau seseorang tue tiba-tiba solat dekat supermarket bahagian sayur-sayuran, adakah kita akan anggap dia pelik ?? Itu terpulang pada mentaliti seseorang tue Bagi aku tak pelik sebab dia sedang menunaikan kewajipan dia iaitu sembahyang Yang kita nie dah la tak sembahyang, kutuk pulak dia Alaa macam laa aku tak tahu orang kita macam mana Pelik sikit jea, terus nak kutuk huhuhu Come on laa people !! pffft~ (first time speaking hihihi)

Rasa macam panjang pulak entri aku kali nie Dah la tajuk panjang, entri pon panjang hihihi Dah la merepek bagai Adehh Kalau ada yang baek tue, korang ambil laa Mana tahu satu hari nanti korang sendiri yang menjadi mangsa hehehe 


Akhir kata Ustazah Siti Nor Bahyah dengan kumpulan Sepah 0-0 hehehe
sumber gambar : Rujuk sini



p.s.Korang tak payah nak buat teruk/gosip pelik-pelik pasal nie hihihi Semua dah setel !

said : Umar Faruq : Promosi Blog Aku !!


Salam blogger,
Kalau nak join, tekan banner atas sampai terbenam


Tulis apa saja yang menarik untuk promosikan blog korang " Serius aku tak tahu nak tulis hapa hihihi Macam mana nak promote blog sendiri nie Adehh Aku tak tahu nak tulis hapa bukan sebab blog aku nie gempak bagai tapi sebab blog aku nie rasanya dah beterabur dan serabut harharhar Tengok sampai aku pon pening dengan blog aku sendiri kahkahkah Semua tue terpulang pada korang yang membaca blog aku nie sebab korang lebih pandai menilai dan pengkritik tetap blog aku Yeeaahhh Yang aku pasti blog aku bukan blog lucah hahaha Tak lucah kan ?? " Buat ayat yang menarik tapi jangan menipu " Aku tak tipu dan aku tak pandai buat ayat menarik Lame~



p.s.Kalau korang nak tahu punca suami curang, korang pegi terjah sini hahaha

said : Bilangan blogger di Malaysia !


Salam blogger,


Dah trang tang tang sekarang nie terlalu ramai blogger baru (newbies) termasuk lah aku sendiri Yeeaahhh come on newbies kahkahkah Baru baru nie aku ada buat entri pasal 10 site Popular di Malaysia dan tak mengejutkan aku langsung bila Blogger.com antara top 5 site femes dekat Malaysia nie fuuhh Kira nya kalau dah top 5 tue kira wallaweh la orang cakap kan Antara komen yang aku terima 


" wahhhhhh~ blogger no 4 nmpk sgt ramai bloggers kt mlysia ni.. hihii~ "

" blog no 4 ?. top jugak rangking dia.. haha "

haremm.. tpu gler kalu org melayu x layan porno.. hhahhaha "



Abaikan yang ketiga tue hihihi Jadi aku tertanya-tanya jugak Agak-agak berapa ratus haa blogger dekat Malaysia nie Ratus ke ?? Aku rasa macam ratus juta jea hihihi Sekarang aku nak ajak korang semua kira berapa ramai blogger di Malaysia nie Macam mana nak kira ?? Kita try kira melalui bilangan followers nak ?? Macam tak masuk akal jea kan Hmm Tak pa Tak pa Kita cuba dulu wee 


Amaran ! Aku akan ciplak something daripada blogger-blogger yang femes dekat Malaysia Harap halalkan yea hihihi


1) Abg Benggg or otai blogger di Malaysia nie waw Berpengaruh dan tak senang dipengaruhi oleh mana-mana jin terutama jin Ano hihihi

Abg Ben --->> 15878

2) Zack Zukhairi blogger yang digilai ramai wanita dan perempuan dan dotdotdot Sapa yang tak kenal dengan bro nie yang tak pernah lekang dengan realiti dan konspirasinya hihihi

ZackZukhairi --->> 21687

3) Cik Epal si penternak lemak yang paling comel bhahaha Bukan nak bodek or nak publisiti murahan tapi ikhlas dari hati aku yang tulus dan mulus nie hahaha 

Cik Epal --->> 17742

4) Yuyu Zulaikha sang pari-pari berbaju pink Tak pecaya tengok header dia hihihi Sangat addicted bermaen sihir-sihir dengan Harry Potter dan tak lama lagi grad la tue hihihi

Yuyu Zulaikha --->> 9058

Fair la kan ?? 2 lelaki dan 2 perempuan Cup cup Banyak lagi ooo dekat bawah nie Ok ok seterusnya konsonan-konsonan yang sempoi dan special kes bagi aku hahaha Jom kira lagi Adehh


5) Erti Kehidupan yang femes dengan kentut beracunnya yang membawa nama nya terbang tinggi bersama Altromen ciplak yang addicted dengan sperma hihihi si Terbang Tinggi-Tinggi dan tak lupa juga kawan dalam selimut si kentut beracun, Suratan Kebetolan yang pernah bogel sama-sama time kecik-kecik dulu Adehh sambil-sambil tue si Ayeem Ayam tumpang sekaki lepas berchatting dengan Lisa Surihantu tanda gembira gila tak ingat dunia harharhar

Ayeem Ayam --->> 3895

Suratan Kebetolan --->> 3869


Erti Kehidupan --->> 3973

Dah lepas geng-geng special kes hihihi Rasa macam tak cukup kan ?? So aku rasa macam nak tambah lagi beberapa blog yang sempat aku rembat hihihi Jom kira lagi wee


6) Blog Serius Tiada lagi blog yang se-Serius blog serius nie hihihi

Blog Serius --->> 6411

7) The other Khairul bukan blog khairul fadhli tapi blog khairul yang laen Cari sampai jumpa the other Khairul tue yea hahaha

The Other Khairul --->> 11668

8) Ok yang nie last punya Tak larat nak rembat dah Adehhh Last sekali blog yang paling menarik dan boring sepanjang zaman bhahaha tapi owner dia baek Hensem pulak tue hehehe

Blog Err --->> 5052 552


Dah puas tengok ?? Kira tak lagi ?? Ok jom mengira dengan aku


Abg Ben + Zack Zukhairi + Cik Epal + Yuyu Zulaikha + Ayeem Ayam + Suratan Kobetolan + Terbang Tinggi-Tinggi + Erti Kehidupan + Blog Serius + The Other Khairul + Blog errr = ??????

15878 + 21687 + 17742 + 9058 + 3895 + 3869 + 3982 + 3973 + 6411 + 11668 + 5052 552 = 98715 !


98715/2 = 49357.5 blogger di Malaysia ! Itu tak termasuk followers dekat blog laen lagi Adehh Kenapa aku bahagi 2 ?? Sebab mungkin ada follower yang sama dalam setiap blog tue kan Itu sebab aku bahagi 2 Waahh pandai tak aku mengira ??! Boleh jadi cikgu kimia dah nie kuikuikui Walaupun kiraan aku nie tak tepat pon dan korang semua pon tahu kan tapi aku rasa bilangan tue lebih kurang laa atau mungkin lebih kan dan jangan terkejut bila bilangan tue bertambah dari masa ke semasa dan mencecah 1M ke Yela tiap-tiap hari ada jea orang yang akan buat blog fuuuh Kira blogger nie dah jadi macam satu kerja pulak hahaha Sapa sangka masa depan nanti, dekat maklumat peribadi ruangan pekerjaan dah ada option Blogger hahaha Adehh Hmm So, anda rasa anda dimana ?? hihihi



p.s.Nie kalau kenduri nie bankrap aku ! bhahaha


said : Butuh, Fuck, Lat, Sula, Bujang ! Bukan entri lucah !


Salam blogger,



Semalam kawan aku ajak maen futsal dengan geng-geng dia.. Untuk maklumat korang geng-geng dia bukan kawan-kawan aku hahaha sebab tue aku sebut geng-geng dia Adehhh Mula tue aku pikir tak nak join sebab aku pon tak bapa kenal sangat dengan geng-geng tue.. Lagipun aku tak berapa sihat kan So aku cakap no laa.. Time aku tengah layan hingus yang sedang meleleh nie sebab selsema dengan PES 11, kawan aku tue datang rumah beb... Siap ajak maen lagi Adehh Apasal mamat nie (kawan aku tue memang nama mamat hihihi) tak dapat sms aku ke Check-check balik Rupanya aku yang silap sent Aku terhantar dekat MatMat kawan aku jugak harharhar Apa laa nama pelik bagai macam tue kan Walaupun hingus meleleh leleh, aku pegi jugak sebab dia cakap dia cakap aku pro dan dia nak belanja aku bhaha Dia cakap aku pro wei Ceh

Bapak ramai ! Dekat-dekat 18 orang Nak maen macam mana nie Tak kan nak sumbat 18 dalam court tue hahaha Nanti belaga bontot habes Adehhh Rupanya maen 10 orang jea Yang 8 lagi tue datang usha aweks jea shit betol hahaha Nak tengok awek dekat internet pon ada Belambak lagi Versi bogel, tak bogel, bogel separuh, bogel separuh plus suku haaa Semua ada hihihi

Nahh amek kau 2 jam maen ! Aku yang demam nie pon dah tinggal kaki kiri jea Kaki kanan dah kena sepak Entah dekat mana tertinggal hihihi Time relax-relax, aku pon pegi la kenal-kenal dengan kawan mamat nie Best ooo hihihi Jom kenal dengan depa

1) Butuh <---- Nama panggilan
Apa lucah sangat nama panggilan dia nie hahaha Setiap kali nak panggil dia rasa macam berdosa pulak Adehh Orang panggil dia macam tue sebab dia suka sangat sebut perkataan tue Contoh yang aku perasan semalam " Sedap gilaa roti jagung nie Rasa macam butuh " bhahaha Adehh Jangan ikut yea hihihi

2) Fuck
Nama dia Fakhrul Macam mana boleh lekat fuck tue ?? Meh sini aku nak cerita Masa kecik-kecik dia tak reti cakap terus walaupun dah umur 6 tahun Oleh sebab dia nak nampak pro dan pandai Setiap perkataan dia akan cakap perkataan depan jea Contoh Komputer akan jadi Kom... Tembikai akan jadi Tem... dan Fakhrul akan jadi Fakh hahaha dan dimodified jadi laa Fuck hihihi Ayat yang aku dengar best semalam time sorang girl nie cakap dengan Fuck " Fuck, saya..... pegi dulu la yea " Pandai dia cari tone hihihi

3) Lat
Dia nie abang Fuck Muka pon lebih kurang cuma Lat nie memang penuh dengan tahi lalat dekat badan dia hahaha Muka, tangan, kaki, bontot jea aku tak nak amek tahu kahkahkah Dia sempat cakap dekat aku " Kau tough ek Kalau ada tahi lalat mesti lagi tough Nampak macho macam aku " Serius ayat tak boleh blah hahaha Dia cakap aku tough wei Korang tak nak cakap jugak ke ?? hihihi

4) Sula
Hahahaha serius pelik betol laa nama-nama depa nie Adehhh Dia nie kerjanya mengait buah Apa-apa jenis buah semua dia boleh kait Kelapa, durian, manggis, rambutan, epal, blueberry hahaha Kira semua boleh laa dan kayu mengait tue memang akan ada dengan dia setiap kali dia nak pegi mengait Sampai la satu masa orang cakap dia suka sula buah hahaha Terus lekat nama Sula tapi dia nie pendiam sikit Aku pulak nampak macam gedik cakap dengan dia hehehe

5) Bujang
Dia nie hensem beb ! Ala-ala Aaron Aziz wei hahaha tapi aku tak berapa kenal sangat Sebab dia banyak peminat Tak sempat nak tanya semalam Lagipun aku tak suka femes-femes nie Macam #retis la pulak kan ish ish ish Tak best langsung tapi Bujang tue baek orangnya hehehe

Yang laen tue nama macam regular jea Razak, Sameon, Cicak, Biawak dan bagai-bagai lagi laa kahkahkah dan effect aku maen futsal semalam time-time demam nie aku dah tak boleh bangun hihihi Badan aku jadi merah dan aku tulis entri lucah pagi nie bhahaha Korang rasa lucah ke ?? Adehh



p.s.Aku tak suka makan ubat sebab ubat sangat seksa bagi aku hihihi



said : Jom join Mega Bloglist Umar Faruq !


Salam blogger,

Sorry yea semua tak dapat update blog (bajet best jea blog aku nie kahkahkah) gara-gara aku tak berapa sihat Sedih tak korang dengar ?? bhahaha Lupakan pasal aku Nie haa nak tanya korang Hmm Biasa dengar nama Brat Pit tak ?? Biasa kan Haaa nie adik Brat Pit, Umar Faruq bhahaha Femes gilaa adik Brat Pit nie Sekarang aku nak ajak semua followers aku dan tak lupa jugak readers blog Bujang yang tak borink nie Jom join Mega Bloglist Umar Faruq ! Serius nie aku ajak hahaha Sapa yang bertuah, boleh date dengan aku hihihi Tak da laaa Jangan percaya part dating tue Adeh Apa yang specialnya bloglist nie ?? Korang baca betol-betol bawah nie


" Ready untuk promotion besar-besaran? "

Tips : Kalau nak blog korang naik, ajak readers setia blog korang tu join sekali.. So, dua-dua akan dapat advantage yang sama.. "



Amacam tergugat tak ?? hihihi Promotion plus blog korang naek plus advantage sama-sama Itu dah cukup baek untuk aku ! Aku dah join Korang bila lagi ??? Jom join Mega Bloglist Umar Faruq... Orang Kental oo Umar Faruq nie hihihi tapi biar apa pon yang penting ikhlas wink-wink*



Nak join, tekan banner bawah nie kuat-kuat


p.s.Baek cepat sebelum bloglist cecah 100 orang !



said : 10 site Popular di Malaysia !


Salam blogger,

Sihat tak semua ?? Alamak ter-caring pulak hihihi Ok ok Harap korang semua sihat yea supaya korang boleh datang blog aku banyak-banyak kali Alamak sentap pulak Adehh tapi bukan tue yang aku nak bla bla bla dekat korang pagi nie Ok pagi nie aku tak tahu apa nak buat Jadi aku karok laa dekat pakcik Google Best gilaaa ! harharhar

Tak pecaya aku karaoke dekat Google ?? Korang try terjah SINI kalau nak tahu aku karok macam mana hihihi Laen yang aku sebut lain yang keluar hahaha shit Paling tak boleh blah aku sebut lobak merak tetiba keluar melancap guna timun hahaha Apasal timun pulak Aku sebut lobak laa Adehh Yang melancap tue apa pulak (cover baek hahaha) Mungkin lidah aku nie sexy kowt Tu sebab dia dengar laen hihihi Ok ok  Sambil-sambil aku karok tue tiba-tiba terkeluar ALEXA dan tiba-tiba jea aku rasa macam nak masuk Niat nak tengok ranking la konon fuuuhhh Tergelak aku tengok ranking blog sendiri Macam ranking kilang pakaian dalam jea hihihi tapi aku tak kesah ranking aku hebat atau tak janji korang singgah selalu laa hahaha

Dah frust menonggeng sebab ranking aku yang terlalu gempak, aku try usha site apa yang femes dekat Malaysia nie Dalam hati aku cakap " Mintak-mintak laa blog aku ada " hahaha Ranking pon dah macam biskut masuk angin ada hati nak ada Saja nak hiburkan hati yang lara nie Adehhh Rasa-rasa korang site apa yang paling femes dekat Malaysia nie ?? Site pakaian dalam ke ?? Blog Bujang ke ?? hihihi Tak tahu ?? Jom aku nak tunjuk wee


Ternyata orang Malaysia memang suka berFacebook hahaha Budak 5 tahun pon dah ada FB apatah lagi nenek yang berumur 90 tahun Baek buruk FB aku noooo kommmmeeennn ! hihihi Silap aku tak berkawan dengan Mark Zuckerberg dulu shit Dulu kami satu hospital time lahir tapi disebabkan aku lagi cute dari dia, so nurse asingkan kami Kalau tak, memang kami kawan baek laa siap letak bestie lagi dekat FB hihihi

Site-site laen tue memang aku tak nafikan jugak sebab aku pon selalu jea pegi buat kacau hahaha Wikipedia ?? Mesti laa Aku kan orang bertauliah Pasal kentut pon aku semak sana taw hahaha Nerd gilaa aku sobsobsob So, ada bantahan ??


p.s.Orang Malaysia tak layan porno hehehe Yeke ??? 



said : Wordless Wednesday #3


Salam blogger,




said : Kentut aku Wangi !


Salam blogger,
Agak-agak sapa ?? hihihi


Korang pernah kentut tak ??? hahaha Aku suka tanya direct sebab kalau nak tipu pon depan-depan kan Lebih baek daripada tipu dari belakang hihihi Ok Korang tahu apa maksud kentut sebenarnya ?? Mari aku nak terang


Kentut ialah bla bla bla Serius ke korang tak tahu apa itu kentut ?? Korang asal mana ek ?? hihihi Ok ok berbalik pada kentut, Kalau sebut pasal kentut ataupun fart, kentut ada banyak kategori oooo Jom usha


1) Kentut Bom Suka Hati
Kentut nie adalah kentut yang dilepaskan hanya sekali bunyi yang uummmmppp tanpa dipaksa tapi dengan relanya hahaha Depan parents depan mertua depan kawan depan GF/BF even depan Pikachu sekali pon tak kesah hahaha Lepas jea Bau apa pon tak kesah Random smells hehehe

2) Kentut Silent Killer
Kentut nie pulak ialah kentut yang paling sukar di-detect dan digeruni harharhar Sebab kentut ini dilepaskan secara senyap tanpa ada bunyi tapi baunya hanya Allah saja yang tahu hahaha Lebih menarik kalau pengentutnya sedang tahan nak lepaskan bom Cukup silent dan meng-killerkan orang hahaha

3) Kentut Tangga Seribu
Kentut nie ialah jenis kentut berleret Maksudnya bunyinya panjang dan bergelora sekali hahaha Cukup asyik dan mengasyikkan untuk sesiapa yang nak kan hiburan yang serta merta hihihi Baunya jarang kuat tapi sesekali bau tue melintas jugak depan batang hidung dan pengentutnya kena check seluar lepas tue Takut ada bomm yang tercicir hahaha

4) Kentut beracun
Hmm Untuk kentut beracun nie, korang pegi tanya Ujang laa hahaha Tak sempat nak buat research lagi Sebab spesis kentut beracun nie belum pernah ditemui lagi Special ! hihihi

5) Kentut Tangan Pembunuh
Untuk kentut kali nie, aku nak korang layan jea video dekat bawah nie Special Edition ! hihihi


Haaa Membunuh tak ?? hahaha tapi aku yakin kentut beracun versi Ujang tue lebih mantooopp lerrr sebab tengok jugak tukang kentut tue hihihi Kalau muka kerek ja plus selamba badak tue, haa memang power la tue hahaha Jadi anda yang mana ??



p.s.Motivasi pagi >>> SINI 




said : Benda Kuning bawa Penyakit !


Salam blogger,

Masa zaman aku kecik-kecik dulu banyak kartun-kartun yang cam best jea hehehe Antaranya Power Rangers, Digimon, Pokemon, Altromen, Supermen Alaa kalau nak sebut sampai ke lusa pon belum tentu habes hihihi Tapi kan nak cerita dengan korang, dulu masa aku kecik-kecik serius aku nie suka Pokemon ! hahaha Aku punya la minat pokemon sampai terbawak-bawak dalam hidup aku Contoh macam aku makan, aku makan macam pikachu, kencing pon macam pikachu, berlari pon macam pikachu Kira memang terbaek laa aku time tue hahaha (Mak aku yang cerita) Jadi sampai satu masa, ayah aku pon dah tak kasik aku tengok Pokemon Bila aku tanya " Ayah ayah kenapa ayah tak kasik tengok Pokemon ?? " sambil lap hingus yang meleleh leleh hihihi Ayah aku cakap

1 - Tak elok tengok sebab nanti jadi macam Pikachu Dia tue dah la tak tahu apa jenis binatang Dah la demam kuning Bawak penyakit hihihi

2 - Tak elok sebab nanti hidup kau macam duduk dalam pokeball jaa Tak keluar-keluar Nak tunggu ayah seru baru nak keluar

3 - Takut kau tak reti cakap bahasa melayu Asyik cakap bahasa pokemon jea Pika Pika Pikachu Chu Chu bla bla bla

4 - Takut kau bertukar jadi Pokemon hahaha Ceh



Pikachu -----> Makhluk nie ayah aku cakap bawak penyakit hahaha


Gilaa laa sampai macam tue ayah aku bagi alasan hahaha Dah dia tak kasik aku tengok cerita Pokemon, aku maen pulak game Pokemon fuuhhh Memang best tahap gila makan roti dengan besi !! kahkahkah Time tue jea laa Semua versi game dia aku maen Blue, red, green, yellow, crystal err errr apa lagi ek ?? hihihi tapi kira semua laa aku pernah cuba Korang yang kaki game mesti pernah kan hahaha

Cup cup Sebenarnya aku nak tunjuk dekat korang yang biasa maen game Pokemon satu video yang sempoi hihihi Macam mana kalau Pokemon tue ada dalam dunia yang nyata nie Agak-agak korang macam mana ??


Hahahaha Serius aku sembelit lepas tengok pikachu versi yang nie Harrrrreeemmmmm tak cute kahkahkah So lebeh baek dia ada dalam dunia fantasy hihihi Baek aku berkepit dengan Selena Gomez Lagi bagus hahaha (Ex-GF)


p.s.Aku nak cari balik game-game pokemon nie Adehhh


said : Nak maen Bot !


Salam blogger,

Pagi tadi hujan lebat beb kat area rumah aku tapi aku buat tak kesah jea sebab aku nak sambung tidur hihihi Tidur punya tidur punya tidur Tiba-tiba rasa basah Alamak Tak kan laa aku tidur kencing kowt hahaha Aku dah besar tapi kencing tilam pulak Jatuh saham kalau family aku dapat tahu nie kahkahkah Tapi tue apa yang aku rasa jea Tak kan la muka suci nie nak kencing kowt atas tilam hahaha Bukak jea mata Nah amek kau ! Bilik aku penuh dengan air beb ! fuuuhh Habes semua basah termasuk dengan aku-aku sekali Adeeh Ingatkan aku kencing banyak sampai macam nie hihihi Aku pegi tengok dekat luar bilik pulak fuuuhh lagi teruk hahaha Bilik adek aku gila laa Dah boleh swimming ramai-ramai kowt hahaha Dekat luar rumah tak payah cerita laa Sampai betis aku beb Dugaan dugaan

Aku nak snap beberapa picture dekat luar tapi mak aku tak kasi keluar pulak Dia cakap " Dah la tak reti berenang, nanti lemas sapa nak pegi tolong ! " Adehh Mak aku ingat dalam sangat kaa dekat luar tue hahaha tapi aku sempat jugak curi-curi keluar time air dah surut sikit Hee

Banjir 3
Pukul 8.30 pagi

Banjir 4
Pukul 9.00 pagi

Banjir 1
Pukul 9.30 pagi

Banjir 2
Pukul 11 pagi

Pukul 12 lebih baru laa air surut itu pon tak surut betol-betol Ada lagi ikan-ikan yang masih berenang hahaha Tak pernah jadi macam nie sebenarnya Hujan sejam jaa tapi lebat Terus banjir Adehhh Dugaan semua ini Mesti mau sabaa Jiran-jiran aku semua sempat lagi maen bot-bot macam budak-budak kecik Serius macam nak join jea tapi muka Aaron Aziz macam aku nie mesti kena control beb hahaha Ceh Rugi aku tak maen pagi tadi sobsobsob



p.s.Aku dah standby bot mainan kalau-kalau jadi lagi hihihi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
CopyRight@ Blog Met Bujang !